Wednesday, August 31, 2005

selamat menyambut hari merdeka

selamat sejahtera say ucapkan kepada pakcik wen hao, mak cik su chuen, wanita caroline, encik lame-o ( disebut seperti slang kopi-0) dan nana, yang sehingga kini tiada nama sampingan.

saudara dan saudari,
apa khabar? adakah hari kemerdekaan ke -48 disambut dengan meriah sekali? adakah bersemangat patriotik, mengibarkan jalur gemilang dan berdiri tegak menyanyi lagu negaraku? adakah hari in suatu hari yang bermakna kepada kita semua?

alangkah seronoknya jika kita dapat menyambut hari merdeka bersama-sama! bersyukurlah, kita masih dapat bersua muka hari jumaat ini, bukan untuk meraikan hari jadi tanah air kita, tetapi untuk berseronok di IMU sambil ketawa terbahak bahak pada semua lelaki yang berpakaian perempuan. (minta maaf jika tersilap)

hari ini, saya pergi makan buffet Jepun di hotel hilton. pakcik, saya telah sampai kesimpulan bahawa saisake lebih baik lahh. walaupun ada risiko untuk cirit birit selepas itu.

pak cik, saya harap awak tidak menganyai semua penyapu baru di IMU. berapa biji telur dan berapa kilo tepung awak guna hari itu? semoga tiada 'newbie' balas dendam. *ketawa*

saya masih harap kita semua dapat bertemu lagi selepas semua program orientasi di IMU tamat. lame-o, cheerleading macam mana? bagus tak? nana, lama tak jumpa! vietnam bagus? mesti tunjukkan gambar!

baiklah, setakat ini saya ingin sampaikan. moga moga kita bertemu lagi!

sekian.

selamat menyambut hari merdeka!

keranamu malaysia

p/s: saya baru sedar bahawa saya sudah 2.5 tahun tidak menyanyi lagu negaraku! wahhh sungguh sedih. apabila di negara orang kulit putih, sungguh susah....agak senang jadi kacang lupakan kulit dan terjerumus ke dalam gaya hidup orang barat. itulah, seperti tun dr mahatir kata, kita mesti pandang ke timur.

maaf, saya tahu blog ini sangat sangat lame kerana saya hampir 3 tahun tak tulis dalam bahasa melayu. ayuh. sungguh memalukan. alamak!

No comments: