Saturday, September 17, 2005

Kini di-era BM

wow, nampaknya kami telah memasuki era BM.. semangat dalam hati setiap perblog(er, 2-3 antara semua) menggunakan bahasa jiwa bangsa tanahair telah menyebabkan saya membuat keputusan untuk mengumumkan BULAN BERBAHASA MELAYU.. ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi BM di kalangan perblog ini, terutamanya makcik chuen yang amat lemah sekali dalam berbahasa melayu, apatah lagi bahasa mandarin... walau bagaimanapun, sebelum saya mula blog saya kali ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan KEDATANGAN (tak tahu gelaran apa) GRACE, YANG MERUPAKAN PERBLOG TERAKHIR DALAM RUANGAN BLOG KAMI... mari jadi perblog yang aktif, taipkan blog-blog yang bernas yang anda lalui di negara bawah semua negara... heheh.. ;-)
namun begitu, tidak dilupakan para perblog yang lain.. salam sejahtera saya ucapkan kepada kamu semua.. pagi semalam, saya telah menduduki kertas sistem pernafasan.. amat berbeza dengana apa yang dikatakan oleh senior mengenai kertas ini merupakan kertas yang paling mudah.. bahagian struktur telah menyebabkan saya hilang banyak markah.. amat geram apabila soalan mengenai ubat-ubat batuk keluar.. geram sampai terasa ada sakit jantung.. entahlah bagaimana wanita caroline tu menghafal nama-nama ubat asing yang bunyinya sama, ejaannya berbeza fungsi sama tapi kesannya berbeza... dengar pun dah peluh.. tension buat saya...
tapi sesi makan dan borak di marche dengan kamu semua telah menyebabkan saya lupa saat-saat genting dalam dewan peperiksaan... amat melegakan makan makanan yang sedap, sambil mendengar cerita-cerita lawak, "low IQ" dan "lame" mak cik chuenie.. sakit minda and mengeluh saya apabila mendengar cerita cerita tu.. :-) entahlah bagaimana dia boleh terfikir cerita-cerita yang amat "bernas" sekali.. mungkin dia berlatih di rumah tiap-tiap hari.. saya rasa, suatu hari nanti, saya akan buat satu "tiara", mengistiharkan mak cik chuen sebagai ratu
"lame" 1985- entah bila.. hehehe..
selepas wanita caroline balik, kami berlima pergi ke IKEA, tujuannya untuk mencari perabot-perabot bakal rumah makcik.. nampaknya usaha kita tidak menbazir, kerana makcik telah jumpa sebuah katil berharga RM1300.. saya rasa, kami boleh kongsi untuk beli katil tu bila mak cik kahwin.. hehehe.. tidak nanti-nanti saya menunggu saat saat itu.. jangan awak risau makcik, saya akan datang.. hehehe.. tapi, bila saya buka pintu kereta, duit raya tu mesti besar sikit ye.. tak mudah nak menyambut saya tau.. maklumla masa tu, kena cari makan, susah tau.. ehheeh.. selepas tu, entah kenapa makcik telah mengambil keputusan untuk membuat satu lagat yang amat melucukan... mungkin kerana kesan-kesan stress selepas peperiksaan, ataupun terlalu letih.. entah la.. mungkin dia nak AA(atract attension)... ketawa kuat(LOL)...
akan kita jumpa lagi minggu depan untuk sambung aksi aksi and sesi ketawa kita... buat masa ni, rasanya sudah banyak merepek.. kalau saya tak henti, nanti perempuan-yg-masih-tak-ada-gelaran tu akan kata saya banyak omong.. hehehe.. dak pakcik lame-o, jgnla risau tentang sorak-mengetuai(cheerleading).. saya rasa, kalau kamu semua semangat berlatih, akan boleh pun.. :) saya akan sibuk buat masa ke semasa.. hhehe.. berikan kamu semua sokongan 101%..
ok la.. nak pergi makan tengahari dah
jumpa lagi

No comments: