Monday, September 12, 2005

STRESSnya aku!

haha... nampaknya seronok juga berblog dalam BM. boleh melegakan stress aku. selamat sejathtera diucapkan kepada para chocoholiks, makcik chuen, pakcik wen hao, dbkl june, wanita caroline dan si tiada nama sampingan nana.

termaklumlah peperiksaan sistem pernafasan akan diadakan pada hari jumaat ini. empat minggu telah berlalu bagaikan kilat, dan kami terpaksa menghadapi dugaan ini. susah betul... banyak yang kena belajar, dan nota nota yang diberi bagaikan sampah. terpaksalah kami merujuk kepada buku-buku rujukan yang membebel-bebel panjangnya tentang satu topik yang pendek aje.

lebih stress lagi kalau terfikir tentang cheerleading. aku rasa kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersedia. terutamanya kalau pertandingan itu hanya 2 minggu lebih daripada sekarang.

bagaimana dengan wanita dan dbkl sekarang? oh ya, terlupa nak tanya tentang pengalaman kamu berdua terhadap variety nite jumaat dua minggu lepas. bagaimana? rasa nak muntahkah dengan beramai ramai lelaki yang berpakaian wanita? sketsa sketsa yang ditunjukkan memang sedikit bosan. tapi apa boleh buat, ramai yang masuk IMU ini 'nerdy'. jadi tak boleh harap mereka dapat mempersembahkan apa apa yang di luar jangkaan. haha... grace! bloglah juga! mari kita memberi tepukan mengalu-alukan ahli terbaru kami ini!

jadi, saya akan terus belajar selepas menaip blog ini... terima kasih.

1 comment:

june said...

eh encik lamo, dulu DBKL nama sampingan kamu...macamana dah jadi nama saya pula??
agak seronok ketawa apabila membaca BM kita ini yang sudah tidak begitu...ahem...fasih. errr?? tak taulah.
tentang malam beraneka itu, snow white tu agak lawa..dia benar benar lelaki ke? haha. agak menggelikan dan membosankan selepas beberapa IMCC...semuanya membuat saya berfikiran jijk. tapi apa nak buat..rupa rupanya imu ada banyak drag queen yang berpotentsi. mungkin boleh bekerja sampingan sebagai seorang drag queen profesional selepas balik dari hospital. haha. agak lucu apabila memikirkannya. 'encik, bila awak menyedari bakat terpendam ini?'
'oh...apabila saya masuk universiti sebagai pelajar perubatanlah'
'ooohh. betul ke? awak ni seorang doktor?'
'yalah, pagi saya bedah lelaki yang ingin jadi perempuan, malam malam saya sendiri jadi perempuan. alangkah sernonknya!'

ok maaf jika terlalu lame. saya kini sanagat mengantuk.
semoga kita semua berjumpa pada hari jumaat. moga moga kamu semua bernasib baik dalam peperiksaan ini. dan lamo, janganlah terlalu stress tentang cheerleading....biarlah bakat terpendam dan jus kreatifan mengalir........