Wednesday, September 21, 2005

Selamat tinggal

Salam Sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan saya..Encik DBKL/Lame-o, Cik MPPJ June, Mak cik Chiam, Pak Cik Chiong serta si Nana dan Grace yang masih tidak diberikan nama timangan. Memandangkan si Pak cik mengishtiharkan bulan ini sebagai bulan berbahasa Melayu..saya terpaksalah berblog dalam BM.

Aih..saya memang setuju dengan June ..saya juga berasa sangat stress lahhhh. Saya rasa seperti nak mampus apabila berfikir tentang barang-barang yang saya kena bawa balik. Kenapalah ada had 30 kg saja?!!! Bencinya! Saya menyesal membeli buku Kronikal Narnia yang mengandungi kesemua 7 buku Narnia sekarang.Bilik saya sekarang ini macam tempat dilanda perang...semua barang barang saya bersepah gila atas lantai sehingga tiada tempat lagi untuk berjalan.

Oh ya..terima kasih kepada WH kerana telah meletakkan gambar gambar kita yang cantik di blog ini..dan ingat pepatah ini -'Setinggi tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke lantai juga' . Ini adalah amaran kepada ahli ahli kumpulan dengan nama teruk 'Pink Penelope' bahawa nana, lame o dan saya akan menang perlawanan pictionary yang akan datang.. heh heh heh (senyuman sinis) .Terima kasih juga nana...saya telah memuat turunkan semua gambar stimbot dan 'parti tidur' itu dari fotopages anda...boleh tolong paparkan kesemua gambar yang lain juga?

Makan malam semalam sangat enak dan topik topik perbincangan kita juga amat 'menarik' dan membuat anda berfikir tentang banyak perkara yang saya tak pernah fikir mendalam tentang (kegiatan intim, saiz/ukuran, mimpi basah dll) . Saya harap pembaca sekalian tidak jatuh sakit setelah memesan minuman dari kedai mamak yang kotor dan penuh dengan koloni lipas yang menakutkan sekali! tension betul!

Oh...saya hampir terlupa beritahu bahawa saya telah terserempak dengan Wei Xiang hari ini! :)Kakak saya telah pergi ke Kolej Taylor's untuk ambil sijil A-levelsnya (saya pun terkejut mereka masih ada tempat dalam pejabat kecil mereka untuk menyimpan sijil sijil yang lama) dan semasa menunggunya dalam kereta saya ternampak WX dalam kafe internet (celaka...bila kita semua tinggalkan taylors ...mereka mengubah suai kafe itu!). WX masih sama ...gelagat dia juga masih sama(asyik memakai headfon)...dia akan pergi ke Ausstralia Feb tahun depan untuk meneruskan pelajarannya.

Baiklah..sampai sini sajalah pos saya....Sekarang sudah awal pagi tetapi saya terpaksa mengemaskan barang barang saya lagi...kalau tidak saya pun tak ada tempat untuk tidur atas katil.
okay i cannot tahan typing in bm anymore la....So I'd like to say thank you to all of you guys for making my summer holiday a really brilliant one...I enjoyed all our outings, chats, lame photography sessions and yes.,...even the horrible lame jokes. Hope you guys will continue to enjoy your time in IMU and i hope to catch up with u all next March ..and in the mean time I'll continue to pursue my lofty dreams of being a domesticated student who can't bloody well cook like jamie oliver..

muacks darlings!

No comments: