Thursday, September 22, 2005

perpisahan dengan malaysiaku yang dicintai

salam sejahtera,

hati sungguh berat nak meninggalkan tanah tumpah darahku. saya berasa amat patriotik semalam apabila kawan saya pasang lagu negaraku dalam keretanya dalam perjalanan ke istana budaya menonton stomp. wahh, dah lama tak menyanyi lagu tersebut, apabila mendengarnya, terasa seperti hari Isnin di tapak perhimpunan sekolah menegah saya. ahhah, mak cik chuen, masih ingat tak, pn salmah tu bercerita panjang??

oh, saya ada berita baru! saya pergi 'menggosok' rambut saya hari ini, setelah dipujuk dan di'conned' oleh wanita di salon itu. kini, saya berimej seperti seorang, MPOK, BIMBO. saya hanya kena tukar bidang pelajaran saya kepada sesuatu yang lebih 'kool dan kreatif' seperti bidang pengiklanan ataupun dalam media am. haha. bersertakan skit mini dan baju ala spagehtti, serta kasut tinggi, saya boleh jadi bimbo bernas. betul! wah...rambut saya macam pancake lahhh. macam mana??!?!?! tak sangka kini juga nampak seperti 'hooker' di Geylang atau chowkit. alamak. saya akan pos gambar di blog ini, bila pak cik lamo akan ajar saya bagainmana nak buat begitu.

oh, saya juga seperti wanita caroline itu, sungguh tension kerana bilik saya seperti zon holocast! BETUL! dan saya masih berfikiran panjang bagaimana nak memaksimakan tempat beg saya supaya boleh muatkan semua makanan sedap dari malaysia.
saya bawa
kaya..
belacan
pes cili
lada
er...dan bakuteh
santan
ada banyak lagi makanan yang kita selalu MPOK take for granted, di malaysia. bila kamu semua pergi ke negara orang putih, baru akan menyedari betapa buruk makanan di situ, dan saya tidak dapat cari makanan lebih enak daripada ais kacang dan rojak dan char kway teow dan tosai di malaysia! oooohhh...air liur mula mengalir memikirkan sate kambing di jalan alor!

aiyak, kena pergi menyelamatkan bilik saya daripada ancaman pasukan hitler, yang telah menyesarkan saya dari katil dan bilik saya, dan telah membiak dengan begitu cepat dengan sampah sarap dan beg plastik dan kertas yang menakutkan sekali.

selamat tinggal...MPOK keep in touch!

sekian

1 comment:

Jay Low said...

hi cik mppj june,
ini ialah MPOK tutorial macam mana hendak meletakkan imej dalam blog anda.

sebenarnya ia adalah sangat senang.
langkah yang pertama - tekan create a post. di situ, anda akan ternampak butang-butang untuk mengubah MPOK font anda. butang untuk memasukkan imej adalah butang kedua terakhir selepas butang 'preview' itu.

harap cik mppj dapat cuba. kalau ada apa-apa masalah, cuba menghubungi talian panas 012-9768300. terima kasih.